Para pengguna SAMB yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon bagi Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Melaka Berhad telah bertukar dari 1800-88-5800 ke talian 15800 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019.
Talian tersebut boleh dihubungi menggunakan semua talian telekomunikasi di serata Malaysia dan kadar panggilan sama ada melalui talian tetap ataupun talian mudah alih akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Namun demikian, buat masa kini talian infoline Pusat Khidmat Pelanggan 15800 masih tidak dapat ditembusi oleh pengguna telco Digi sahaja. Pihak kami dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut dan pihak kami menasihatkan pengguna yang tidak berjaya untuk menhubungi Pusat Khidmat Pelanggan boleh berhubung terus dengan kami di talian 06-2895555.
Pengguna juga boleh menggunakan saluran alternatif lain seperti SMS dan Whatsapp di talian 013-751 5800 atau klikhttps://kliksini.my/PKPSAMB. Sekian untuk makluman, terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan.