SAMB Melaka

UJIAN METER

Pengguna boleh memohon untuk menguji meter air bagi memastikan ketepatan bacaan. Pemohonan boleh dibuat dengan hadir ke kaunter SAMB yang berdekatan untuk membuat bayaran seperti di dalam jadual di bawah. Meter air yang sediaada akan digantikan dengan meter baru untuk ujian meter dibuat. SAMB akan memaklumkan secara bersurat tentang tarikh, masa dan tempat ujian meter air dibuat. Pengguna boleh hadir untuk menyaksikan ujian tersebut. Sekiranya meter air rosak, pelarasan akan dibuat terhadap akaun pengguna berdasarkan purata penggunaan bagi tempoh 3 bulan dan bayaran deposit akan dipulangkan dan sekiranya meter air berada dalam keadaan baik, bayaran deposit tidak akan dipulangkan.

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014
Bahagian IV, Bab 1, Divisyen 7
Perkara 78 : Menguji Meter
METERMOHON BARU/TUKAR NAMA(RM)PEMOTONGAN (RM)SAMBUNG SEMULA (RM)

UJI METER

(RM)

CAJ METER HILANG /  DIROSAKKAN

(RM)

D-1/2”13mm40.0035.0035.0050.0072.00
B-3/4”20mm40.0035.0035.0050.00132.00
C-1”25mm40.0035.0035.0050.00300.00
E-2”50mm80.0050.0050.00874.00860.00
W-2”50mm80.0050.0050.00874.00855.00
H-4”100mm (60)80.0050.0050.001,081.00980.00
R-4”100mm (60)80.0050.0050.001,081.002,175.00
G-4”100mm (60)80.0050.0050.001,081.001,090.00
101mm-150mm100.00100.00100.00  
Lebih 151mm120.00    
NOTIS BAGI PEMOTONGAN BEKALAN AIR3.00
ms_MYBahasa Melayu