PEMOTONGAN BEKALAN AIR
PEMOTONGAN ATAS PERMINTAAN
- 1. Dilaksanakan apabila pengguna memohon untuk menamatkan bekalan air.
2. Perlu menjelaskan semua bil tertunggak sebelum akaun ditamatkan.
3. Dokumen yang diperlukan : - Salinan Kad Pengenalan pemohonan
- Resit asal cagaran (jika ada)
(Jika Penama sudah meninggal dunia)
- Sijil Kematian
- Sijil Lahir Anak /
- Sijil Kahwin Isteri ( Hanya isteri dan anak sahaja dibenarkan bagi menamatkan bekalan air bagi penama yang sudah meninggal
- Resit asal cagaran (jika ada)
PEMOTONGAN ATAS TUNGGAKAN
1. Notis bertulis akan dikeluarkan sebelum pemotongan dilaksanakan.
2. Semua bayaran hendaklah dijelaskan dimana-mana kaunter kutipan SAMB bagi penerima notis pemotongan berwarna putih
3. Bayaran penyambungan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan
KESALAHAN MENCURI AIR
“Curi air “ adalah membuat apa-apa sambungan ke suatu sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan iaitu kesalahan di bawah seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 100,00.00 (Satu Ratus Ribu Ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 89(9) Akta 655 memperuntukkan jika bekalan air ke mana-mana premis telah dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air dan didapati bahawa bekalan air itu telah disambungkan semula tanpa kebenaran pemegang lesen pengagihan itu, penghuni premis itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah menyambungkan semula atau membenarkan penyambungan semula bekalan air itu dan dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit) atau dipenjarakan selama tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
A. KADAR CAS-SAIZ METER
METER | MOHON BARU/TUKAR NAMA(RM) | PEMOTONGAN (RM) | SAMBUNG SEMULA (RM) |
UJI METER (RM) |
CAJ METER HILANG / DIROSAKKAN (RM) |
|
D-1/2” | 13mm | 40.00 | 35.00 | 35.00 | 50.00 | 72.00 |
B-3/4” | 20mm | 40.00 | 35.00 | 35.00 | 50.00 | 132.00 |
C-1” | 25mm | 40.00 | 35.00 | 35.00 | 50.00 | 300.00 |
E-2” | 50mm | 80.00 | 50.00 | 50.00 | 874.00 | 860.00 |
W-2” | 50mm | 80.00 | 50.00 | 50.00 | 874.00 | 855.00 |
H-4” | 100mm (60) | 80.00 | 50.00 | 50.00 | 1,081.00 | 980.00 |
R-4” | 100mm (60) | 80.00 | 50.00 | 50.00 | 1,081.00 | 2,175.00 |
G-4” | 100mm (60) | 80.00 | 50.00 | 50.00 | 1,081.00 | 1,090.00 |
101mm-150mm | 100.00 | 100.00 | 100.00 | |||
Lebih 151mm | 120.00 | |||||
NOTIS BAGI PEMOTONGAN BEKALAN AIR | 3.00 |
Hubungi Kami
SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD
LOT 897, WISMA AIR,
JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA
013-7515800
15800
aduan@samb.com.my
Statistik Pengunjung
286
PELAWAT HARI INI
52767
PELAWAT BULAN INI
2182452
JUMLAH PELAWAT