Kempen Laporan Kebocoran & Kecurian Air SAMB

KEMPEN LAPORAN KEBOCORAN & KECURIAN AIR SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD (SAMB)

KEMPEN LAPORAN KEBOCORAN & KECURIAN AIR SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD (SAMB)

Kempen ini bermula 7 Julai 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025 (“Tempoh Kempen”)

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna SAMB berwarganegara Malaysia. Manakala warga kerja SAMB serta anak Syarikat tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

Pengguna SAMB digalakkan membuat satu (1) atau lebih laporan melalui Pusat Khidmat Pelanggan SAMB sepanjang Tempoh Kempen tetapi hanya yang dikira satu (1) bagi laporan yang sama. Konsep First Come, First Serve dilaksanakan bagi mana-mana laporan atau aduan melebihi kuota bulanan atau aduan yang sama diterima.

Pemenang akan dipilih secara bulanan berdasarkan kategori berikut :

 

BILKATEGORIKRITERIA
1.Aduan Kecurian AirKes kecurian air berdasarkan caj kerugian dan caj operasi bagi domestik & industri
2.Aduan Paip Pecah / Bocor Melibatkan Saiz PaipMelibatkan paip bersaiz 375mm dan ke atas.
3.Aduan Pengguna Mengikut Kekerapan / FrekuensiBerdasarkan kekerapan aduan pengguna

Langkah 1 : Laporkan kebocoran paip bocor / paip pecah / kecurian air melalui  platform rasmi SAMB

Langkah 2 : Laporan yang telah disahkan dan diselesaikan oleh SAMB setiap bulan sepanjang tempoh kempen layak memenangi baucer penghargaan RM30.00, barangan elektrik sehingga RM1,000.00 serta cenderahati eksklusif.

Langkah 3 : Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan surat rasmi daripada SAMB