Berita-portalNotis-intranet

Info terkini sehingga jam 10.00 pagi

14 September 2019 (Sabtu) ;

Untuk makluman para pengguna SAMB, Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah dan mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, diharap pengguna dapat bersabar kerana gangguan bekalan air dan tekanan air yang rendah akan kerap berlaku.

Sehinga jam 10.00 pagi hari ini masih terdapat kawasan-kawasan yang terputus bekalan air / tekanan air rendah ekoran Paras Kolam yang rendah dan tidak stabil kesan daripada fenomena tersebut.

Antara kawasan-kawasan yang terjejas adalah:

MELAKA TENGAH
1) Pangsapuri Kota Laksamana (yang tiada tangki sahaja)
2) Flat Pantai Peringgit
3) Flat Naga
4) Flat Tun sri Lanang
5) Flat Lereh
6) Flat Tambi Abdullah
7) Flat Garden City
8) Flat Hilir Kota
9) Flat Ujong Pasir
10) Taman Angkasa Nuri
11) Kilang CTRM
12) Taman Merdeka
13) Taman Indah Sg Udang
14) Bandar Baru Sg Udang

JASIN
1) Kg Sri Kesang (kawasan tinggi sahaja)
2) Taman Sri Kemendor
3) Felda Air Kangkong

Pihak SAMB sedang giat menstabilkan semula Kolam yang terjejas dan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna. Segala kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan adalah amat dihargai. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di 15800 / 1800-88-5800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.

#samasamaberdoa
#JomBerjimatCermat