Berita-portalNotis-intranet

PARA PELANGGAN SAMB YANG DIHORMATI

Adalah dimaklumkan, pihak SAMB akan menghentikan sementara operasi Loji Air Sebukor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian Valve di Rumah Pam Bunded Storage bermula jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi (4 jam).

Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan / tekanan air rendah adalah :

1.Industri Batu Berendam
2.Taman Cempaka & Peringgit
3.Taman Perkota
4.Taman Desa Baru & Sin Hoe
5.Kg Pasir putih
6.Taman Rumpun Bahagia
7.Taman MGBM
8.Taman Widuri
9. Kawasan Bacang
10. Keseluruhan Jalan Limbongan
11. Pangsapuri Kota Laksamana
12. Seluruh Kawasan Kota Laksamana
13. Seluruh Kawasan Jalan Gajah Berang, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Taming Sari, Pangsapuri Naga, Pangsapuri.
14. Jusco Bandaraya Melaka
15. Tesco Peringgit
16. Jalan Durian Daun
17. Jalan Tun Fatimah
18.Taman Aneka

Jumlah akaun pengguna yang terkesan 24,111.

Segala kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan adalah amat dihargai. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di 15800 / 1800-88-5800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.