Perubahan nama dari LAM kepada PAM telah dikuatkusakan pada 1 September 1993. Dengan perubahan nama tersebut fungsi dan objektif Perbadanan adalah sama tetapi beberapa pindaan dan tambahan telah dibuat bagi meluaskan dan memperketatkan lagi kuasa Perbadanan. Diantara objektif PAM adalah membekalkan air kepada orang ramai, industri-industri dan lain-lain di seluruh Negeri Melaka dengan memastikan kuantiti yang mencukupi, kos yang ekonomi, mutu yang baik, dan perkhidmatan yang cekap dan mesra.