1971- 1992 LEMBAGA AIR MELAKA

Penubuhan Lembaga Air Melaka (LAM) ditubuhkan pada 1 Oktober 1971. Logo pertama LAM telah mula diperkenalkan pada tahun 1972 bagi melambangkan identiti syarikat kepada pengguna. Stesen Pam Galak Tanjong Kling diperbesarkan kepada empat buah pam bagi meningkatkan mutu kualiti kepada penduduk. Didalam melaksanakan tanggungjawab, LAM juga tidak terlepas dari dugaan dan cabaran tetapi kesemuanya dapat diatasi dengan teratur dan bijaksana. Bagaimanapun cabaran yang besar dan diluar kawalan LAM adalah didalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menetu kerana isu cuaca adalah fenomena alam semulajadi. Sungguhpun begitu, LAM telah mengambil langkah berterusan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul ekoran dari factor cuaca.