Berita-portal

Makluman

Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan terdapat dua inisiatif dibangunkan kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan isu air melanda negeri ini.

Dua inisiatif itu termasuk, menaik taraf Loji Rawatan Air Merlimau dengan melakukan beberapa kerja penyambungan paip sehingga ke Semabok.

Malah, inisiatif seterusnya yang bakal dilakukan ialah menjalankan kerja-kerja pelencongan aliran Sungai Kesang bagi mengatasi masalah pencemaran yang sering berlaku sebelum ini.

Projek yang memakan masa selama 6 dan 9 bulan ini akan dibina pada Julai ini dan akan disiapkan menjelang tahun hadapan

Kedua inisiatif ini dilihat mampu dimanfaatkan dan memberi keselesaan pengguna di negeri ini.

#SAMBPrihatin
#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih
#IniRumahKita
#MovingForward

Facebook : https://www.facebook.com/SYARIKATAIRMELAKABERHAD/

Twitter : https://twitter.com/sambofficial1

Instagram : https://www.instagram.com/infosamb/

Telegram : https://t.me/infosamb

Kami di SAMB akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa dan mengambil maklum semua aduan yang dibuat.

Jika ada sebarang aduan dan pertanyaan, hubungi 15800 atau email kepada aduan@samb.com.my