Berita-portalNotis-intranet

Para pelanggan SAMB yang dihormati.

Untuk makluman, terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Masjid Tanah kerana Penurunan Paras Kolam Senandong B3 akibat pencemaran sungai baru-baru ini dan kerja-kerja pencucian muka sauk telah dilaksanakan. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :-

 

  1. Taman Bidara Permai
  2. Taman Bandar Baru
  3. Taman Damai
  4. Kuala Sg Baru
  5. Tanjung Dahan
  6. Hutan Pecha

 

Buat masa ini bantuan lori tangki telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Pihak loji dalam usaha untuk mengepam air dan menstabilkan semula paras kolam-kolam yang terjejas. Bekalan air di jangka pulih 2 atau 3 hari lagi bergantung kepada kestabilan kolam kerana penggunaan air yang tinggi (high demand) pada waktu cuti dan kawasan-kawasan terjejas akan menerima tekanan air yang rendah semasa proses pemulihan.

 

Pihak SAMB mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pengepaman dan pemulihan bekalan air di kawasan tersebut. Kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan amatlah dihargai. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan.

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan talian infoline kami yang beroperasi 24 jam di 15800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.