Berita-portalNotis-intranet

Para pelanggan SAMB yang dihormati.

Untuk makluman, terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Alor Gajah kerana Penurunan Paras Kolam Senandong B3 disebabkan pembukaan valve bersaiz 700mm untuk membantu membekalkan air terawat ke Loji Air Gadek ekoran kekurangan air mentah disebabkan kandungan ammonia yang tinggi. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :-

  1. Machap
  2. Felda Menggong
  3. Felda Hutan Percha
  4. Felda Bukit Bulat

Buat masa kini bantuan lori tangki telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Pihak loji dalam usaha untuk mengepam air dan menstabilkan semula paras kolam-kolam yang terjejas dan pengguna dijangka menerima bekalan air lewat petang ini secara berperingkat.

Pihak SAMB mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pengepaman dan pemulihan air di kawasan tersebut. Kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan amatlah dihargai. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan talian infoline kami yang beroperasi 24 jam di 15800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.