Berita-portalNotis-intranet

KENYATAAN MEDIA

30 April 2019

Dimaklumkan SAMB sedang hadapi masalah pencemaran ammonia di Sg Batang Melaka berikutan pelepasan air dari kolam ternakan ikan keli oleh penternak ikan keli di Hutan Perca.

Kesan dari peningkatan parameter atau kandungan ammonia dalam air mentah menyebabkan berlakunya penurunan pengeluaran air terawat di Loji Air Gadek dan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di Daerah Alor Gajah

SAMB sedang berusaha untuk meningkatkan paras simpanan air terawat di kolam-kolam air perkhidmatan dan membekalkan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas sebagai tindakan segera.

Keperihatinan dan kesabaran semua pengguna yang terlibat amatlah dihargai.

#SaveWaterSaveNature