|
There are no translations available.
PENGGUNAAN METER, BIL AIR, TIANG METER, PANCUR AWAM, MAINCOCK DAN FERUL
METER ATAU JANGKA AIR
Meter atau nama lainnya ialah jangka pengira air telah digunakan dalam tahun 1900 lagi. Kebanyakan meter yang digunakan adalah dari jenis Frost Latest dan Taylor Rotary yang dibuat di England. Jenis-jenis meter yang digunakan sehingga naskah ini ditulis ialah Torren, JSM (Johanesbeng Small Meter), CMD (Counter Meter Dry), CMW (Counter Meter Wet), Master Meter, PSM (Piston Drive Small Meter). Meter-meter ini dibekalkan oleh Syanikat George Kent~EngIand.
Pada zaman sebelum perang dunia pertama 1914-1918, pemasangan meter hanya terdapat di rumah-rumah orang kenamaan serta gedong-gedong dan premis-premis kerajaan sahaja. Rakyat jelata adalah tidak berkemampuan memasukkan bekalan air paip ke rumah mereka kerana perbelanjaan yang besar dan keutamaan diberikan kepada bangunan dan pejabat kerajaan sahaja.
Saiz meter air yang pernah dan masih digunakan ialah dari 3I8’, 3/4”, 1”, 1 1/2 , 2 ‘, 3”, 4‘ 6”. Meter-meter terawal mempunyai jarum sebagai merakam dan mengira jumlah air yang digunakan dan selepas merdeka penggunaan alat pengira terus (direct counter reading) diperkenalkan. Negeni Melaka tidak terkecuali menggunakan meter buatan dari Negeri Jepun yang diberi nama Kimmon atau EX. Pada 1hb. Julai 1981, Lembaga Air Melaka telah menukar kesemua meter jenis bacaan imperial kepada meter bacaan metrik.
TIANG AIR (STANDPOST)
Tiang air yang berukuran 4 di bahagian atas dan 6” di bahagian bawah telah dipasang pada tahun 1930 di hadapan Bangunan Stadhuys. Tujuan utamanya ialah membekalkan air ke kereta air atau lori tangki bagi kegunaan majlis atau upacara rasini yang dianjurkan oleh kerajaan pada masa tersebut.
TIANG METER 1900 -1945. Meter atas Lantai
Peringkat awal meter atau jangka air diletakkan di atas lantai yang disambungkan ke paip perkhidmatan ke rumah bakal pengguna. Dua jenis meter yang terawal ialah Latest Frost dan Taylor Rotary dan cara pemasangan adalah diletakkan di atas lantai. Sebuah lagi jenis meter air yang terawal ialab dari jenis Torren.
Meter-meter jenis ini mempunyai bahagian penapis dan alat pengira yang boleh ditanggalkan dan dibaiki di tempat pengguna. Keseluruhan meter tidak perlu ditanggalkan dari tempat kediaman pengguna dan kerja-kerja membaiki dijalankan oleh kakitangan Jabatan Air yang menaikki basikal sahaja. Cara ini telah dikesan dan dipraktikkan antara tahun 1900 hingga 1945.
TIANG METER 1936-1948. Meter bertiang tinggi
Tiang meter peringkat kedua ini didapati telah dipasang dalam tahun 1936 hingga ke tahun 1948. Ketinggiannya dan permukaan tanah adalah 4’ 6” hiugga 5’ 6” mengikut purata ketinggian seorang dewasa. Tujuannya berbuat demikian ialah memudahkan pembacaan dan merekodkan bacaan meter oleh pembaca meter. Salah satu sebab mengapa meter bertiang tinggi banyak terdapat di bangunan bangunan Bandar Melaka pada masa dahulu adalah kerana ianya mendapat air dari sesalur bekalan yang dipasang di lorong-lorong belakang bangunan tersebut.
Keruinitan serta kekotoran lorong dan longkang memaksa Jabatan Air memasang meter sama tinggi dengan manusia. Gambarajah disertakan di mana meter tersebut dipasangkan ke dinding bangunan.
TIANG METER 1949 -1957. Meter dalam kotak
Perubahan tiang meter ini berpunca dari kekerapan berlakunya kekurangan air bagi premis-premis bertiang tinggi dan Negeri Melaka mula merasakan kekurangan tekanan air dan salah satu langkah ialah dengan membenarkan peraturan memasang meter di atas tanah dan berkotak. Panggilan biasa pada masa tersebut ialah meter box yang dibekalkam dan dipasang sendiri oleh kakitangan Jabatan Air pada ketika itu. Maklum balas dari kaedah ini, ianya meruinitkan pembacaan meter kerana air hujan bertakung di dalamnya, air lumpur akan menutup alat pengira dan kesukaran membuka dan memasang serta mebaiki alat penyambung apabila terdapat kebocoran.
TIANG METER 1958-1998. Meter bertiang rendah
Selepas merdeka tiang meter berkedudukan rendah dilakukan ke premis baru dalam Negeri Melaka. Terdapat negeri-negeri lain yang menggunakan peraturan yang sama. Cara ini memberi kemudahan kepada pengguna sendiri yang mana kekunci tersebut boleh ditutup apabila air tidak diperlukan dan ianya boleh digunakan apabila berlaku kebocoran.
PANCUR AWAM (Public Standpipe)
Pancur awam telah dipasang dalam kawasan bandar pada tahun 1930an lagi. Pada masa tersebut hanya orang-orang yang berada dan syarikatsyanikat sahaja yang mampu memasukkan air ke premis mereka. Masalah membekalkan air bersih ke pekan dan perkampungan masa lalu serta merebaknya penyakit bawaan air memaksa kerajaan menyediakan pancur awam untuk kegunaan ramai. Sesalur-sesalur bekalan tidak mampu membekalkan air ke seluruh tempat yang memerlukan dan cara lain ialah meyediakan sebuah tunggak awam atau pancur awam. Kerajaan Inggeris mengadakan seorang Pegawai Khas bagi mengendalikan pancur awam ini. Pihak Kerajaan mengambil keputusan memasang pancur awam ini yang mana kos pemasangan, bil air dan pembaikkannya ditanggung olehnya. Standpipe awam yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran adalah di bawah peruntukkannya manakala di daerah Jasin dan Alor Gajah adalah di bawah peruntukan majlis berkenaan.
Pada tahun 1970an, ianya telah berkurangan di mana 70% dari taburan penduduk Negeri Melaka telah menikmati bekalan air bersih melalui paip-paip sesalur awam. Pada tahun 1975, sebanyak 33 buah masih terdapat di kawasan bandar dan 44 buab di kawasan Melaka Tengah. Pada tahun 1982, Negeri Melaka telah mencatitkan 85% dan seluruh penduduk negeri ini telah memperolehi kemudahan air bersih. Kemarnpuan membekalkan air bersih im berikutan siapnya projek Bekalan Air Dunian Tunggal Fasa I.
Pada awal Jun 1989 kesemua pancur awam telah dipotong atau ditanggalkan kerana bilangan rakyat yang bergantung kepada kemudahan tersebut telah berkurangan dan rakyat menyambut balk galakan Kerajaan Negeri memberi pinjaman kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk memasukkan air ke rumah mereka. Tahun inii juga merupakan tahun siapnya projek Bekalan Air Durian Tunggal Fasa II dan Fasa III dan ianya membawa kepada 95% penduduk memperolehi perkhidmatan air bersih Lembaga Air Melaka.
BIL AIR
Pada awal tahun 1900 hingga ke tahun 1923, bil air tidak dikeluarkan dan penggunaan air direkodkan dalam kad-kad yang ditinggalkan di rumah. Bil air dijelaskan bersama-sama dengan cukai pintu, cukai sampah dan cukai tandas yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Melaka dan Majlis Majlis Daerah ketika itu.
Penubuhan Lembaga Air Melaka pada 1.10.1971 membawa erti yang besar dalam pemodenan bil air di mana bil-bil yang berasingan telah dikeluarkan bagi memudahkan pengguna berurusan dengan jabatan masing-masing. Pada 1hb. April 1984, Lembaga Air Melaka menggunakan komputer dari segi pengeluaran bil dan merekodkan bayaran. MAINCOCK DAN FERUL
Maincock jems besi sangat meluas digunakan sebelum terciptanya maincock dan ferul jenis tembaga .Alat ini telah digunakan sebelum perang durna kedua (1941-1944) sehingga ferul tembaga digunakan sebagai ganti dalam kerja kerja air sekarang ini.
Penggunaan maincock jems besi telah dihentikan pada akbir perang dunia kedua setelah ferul tembaga dicipta di England dan digunakan dalam perkhidmatan bekalan air Negeri Melaka.
Skim flu pada asalnya mengandungi sebuah Stesen Pam Air Mentah di Batu Hampar ditepi sebuah anak sungai cabangan Sungai Melaka yang dipanggil Sungai Putat.Sebuah Kolam Simpanan Air jenis Konkrit Bertulang dan pemasangan paip Spun Iron 16 “garisanpusat dan Kolam Air Khidmat ke Sekolah Anglo-Chinese School ,Jalan Tengkera dan terus ke Stesen Pam Batang Tiga untuk dibekalkan ke Stesen Janalektrik ,Pengkalan Perigi diTanjong Kling.
|